Monday 21 November 2011

LEGA..........

setelah lama tak menulis hari ni aku mula menulis semula.....tak dapat dibanyagkan lega nya setelah seminggu menghadapi peperiksaan yang penuh cabaran...dengan letih,tak cukup tido dan kene travel dari Seremban ke Kuala lumpur selama 5 hari...tapi semuanya alhamdulillah berjalan dengan lancar....memandangkan dah semester 8 ni banyak subjek-subjek yang dibawa semuanya agak sukar sket......tapi alhamdulillah berkat doa keluarga dan rakan-rakan aku berjaya menempuhi peperiksaan dengan penuh tabah dan cekal hati.Walaupun semester ni memang macam dugaan yang melanda tapi peperiksaan tetap dapat diteruskan.....moga berkat dari kesabaran dan juga kesungguhan ku moga aku mendapat keputusan yang baik...hanya tinggal setahun je lagi aku akan meneruskan pengajian..moga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang demi untuk segulung Ijazah supaya cita-cita ibuku tercapai untuk melihat anaknya menggenggam segulung ijazah...Insyaallah.......

Tuesday 1 November 2011

Jalan-Jalan Ke Singapura.......

Alhamdulillah....setelah merancang selama beberapa bulan akhirnya jadi juga perjalanan ke singapura untuk pergi ke universal studios singapore...walaupun masa yang agak pendek tapi memang seronok dapat melawat negara yang berjiran dengan Malaysia.

                                                         
 Hari pertama
Changi International Airport
Merlion

Chinatown Singapore

Hari Kedua


Universal Studios Singapore


Shopping time



      



Tuesday 18 October 2011

Long time No see

rasanya lama sangat aku tak menulis blog nie...sebab2 nya selepeas raya banyak perkara yang perlu diselesaikan...banyak assigment perlu disiapkan...pas tu nak prepare mid exam lagi....pas tu banyak urusan sana sini.Punyalah lama tak menulis blog sampai nak akses blog sendiri pun sampai lupa.nasib baik lah ingat2 kan semula password boleh masuk...fuhhh...lega rasanya boleh menulis semula...

Thursday 4 August 2011

Santai-Santai di Pagi Hari......

My work Station

Salam Jumaat 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432 hijrah....Hari ni dah masuk hari kelima umat Islam berpuasa....aku amat bersyukur kerana setakat ni dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat untuk menjalankan ibaadah puasa...OH! sebelum terlupa tema hari ni adalah santai-santai  di opis dan juga mulakan hari anda dengan senyuman di tempat kerja....al maklumlah hari jumaat biasanya mood untuk bekerja semakin menurun ekoran hari esoknya akan bercuti...kalau ade kerja yang tertangguh-tangguh tu harap siapkan lah sebelum date line.......

Monday 1 August 2011

Ramadhan......

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam ......Puasa di bulan ramadhan tahun ni aku rasa macam seronok dan teruja.....tak tau lah kenapa rasa macam seronok je berpuasa tahun ni...dok kat opis pun tak terasa sgt macam bulan puasa...cepat nye masa berlalu.....baru je rasa bulan Januari..tup..tup tgk2 dah masuk bulan Ogos...mood hari raya taklah rase sgt ...tu pasal lah  tahun kuih raya pun tak beli....baju raya tempah pun tak kisah siap bila........Insyaallah tahun ni berbuka pun nak ala sederhana dan berhari raya pun nak serba sederhana jugak lah....Kalau tahun dulu-dulu.....sebelum masuk bulan Ramadhan je baju anak dah siap beli..tak nak bersesak2 beli dgn org ....baju raya pun dah siap tempah....pas tu kuih raya dah order.....Tapi tahun ni satu persediaan pun belum buat......relax abis tahun ni.....Tapi yang pelik nye tahun ni rasa macam amik order kuih raya sikit jer...tapi sebenarnya order tahun ni lagi banyak berbanding tahun lepas.....mungkin rezeki untuk tahun ni kot........Semoga Allah memberkati semua umat Islam yang berpuasa dengan penuh sabar dan tekun menjalankan ibadah di bulan Ramadhan......Insyaallah.....

Monday 25 July 2011

kerja atau kerjaya?????

Kita semua menyedari setiap hari kita bersusah payah bangun pagi dan terkejar-kejar untuk pergi ke tempat kerja .Adakah kerja yang dilakukan setiap hari hanya kerja bagi kita atau kita mampu mengubah kerja kita sebagai kerjaya???Sedarkah kita kerja yang kita lakukan hari-hari boleh dijadikan kerjaya. Kerjaya akan bermula datangnya dari sikap kita terhadap kerja yang dilakukan.Dan kemudian barulah datangnya  kejayaan hasil dari bidang kerjaya  yang dilakukan.  kajian dari salah sebuah universiti terkemuka, 90 peratus kecemerlangan seseorang itu bermula daripada sikap, manakala 10 peratus lagi adalah daripada kemahiran danmaklumat yang diperolehinya.Tidak  kiralah apa jua pekerjaan yang kita lakukan sekarang,kita mestilah selalu berfikiran positif dan sentiasa tanamkan hasrat di dalam diri untuk meningkat pembangunan kerjaya kita supaya merasa sesuatu hasil daripada penat lelah yang telah kita korbankan...

Sebagai contoh diri saya sendiri,saya berusaha meningkat pembangunan kerja saya dengan meneruskan pengajian Pengajian Luar kampus di Universiti Utara Malaysia Cawangan Kuala Lumpur yang dijalankan di Institut Profesioanl Baitulmal Di dalam bidang Pengurusan Awam.Walaupun bidang pengajian saya tidak selari dengan bidang pekerjaan saya sebagai pelukis pelan senibina di JKR Negeri Sembilan,saya tetap meneruskan usaha untuk menamatkan pengajian saya demi pembangunan kerjaya saya pada akan datang.Saya berhasrat dengan menyambung pelajaran di luar bidang kerja saya, moga suatu hari nanti saya dapat mencuba pekerjaan yang baru pada masa akan datang demi kebaikan diri saya serta keluarga

Ibu saya selalu berpesan jangan mengalah dahulu sebelum berperang ...kata-kata itu saya masih ingat sewaktu mula meneruskan pengajian pada tahun pertama...pejam celik..pejam celik...saya dah pun berada di tahun ke empat dalam bidang pengajian saya.Insyaallah berbekal kan doa ibu dan seluruh keluarga saya yang banyak menyokong saya untuk meneruskan pelajaran saya akan menamatkan pengajian saya pada tahun hadapan.Saya amat berterima kasih kepada ibu dan suami saya yang banyak memberi sokongan dalam menruskan pengajian selama 5 tahun. Bukan mudah untuk bekerja sambil belajar serta menjadi ibu serta isteri.Semangat yang tinggi serta banyak pengorbanan yang dilakukan untuk meneruskan pengajian semata-mata untuk pembangunan kerjaya di masa akan datang.

Bukan mudah untuk menjadi senang,tetapi usaha tetap usaha.Insyaallah Allah dan akan memudahkan segala usaha yang dilakukan oleh hambanya dan juga  memakbulkan doa orang yang sentiasa mengingatinya .Begitulah sedikit coretan seorang budak yang baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.....

Hari pertama belajar menulis.....

First Day..
Hari ni hari pertama aku belajar menulis blog....aku belajar menulis blog ni sebab ofismate aku yang nama waniesamani tu kata "oit bila ko nak wat blog ni"....pas tu wanisamani selalu kata try lah buat satu hobi then boleh lah kongsi hobi kita dalam blog......