Kita semua menyedari setiap hari kita bersusah payah bangun pagi dan terkejar-kejar untuk pergi ke tempat kerja .Adakah kerja yang dilakukan setiap hari hanya kerja bagi kita atau kita mampu mengubah kerja kita sebagai kerjaya???Sedarkah kita kerja yang kita lakukan hari-hari boleh dijadikan kerjaya. Kerjaya akan bermula datangnya dari sikap kita terhadap kerja yang dilakukan.Dan kemudian barulah datangnya kejayaan hasil dari bidang kerjaya yang dilakukan. kajian dari salah sebuah universiti terkemuka, 90 peratus kecemerlangan seseorang itu bermula daripada sikap, manakala 10 peratus lagi adalah daripada kemahiran danmaklumat yang diperolehinya.Tidak kiralah apa jua pekerjaan yang kita lakukan sekarang,kita mestilah selalu berfikiran positif dan sentiasa tanamkan hasrat di dalam diri untuk meningkat pembangunan kerjaya kita supaya merasa sesuatu hasil daripada penat lelah yang telah kita korbankan...
Sebagai contoh diri saya sendiri,saya berusaha meningkat pembangunan kerja saya dengan meneruskan pengajian Pengajian Luar kampus di Universiti Utara Malaysia Cawangan Kuala Lumpur yang dijalankan di Institut Profesioanl Baitulmal Di dalam bidang Pengurusan Awam.Walaupun bidang pengajian saya tidak selari dengan bidang pekerjaan saya sebagai pelukis pelan senibina di JKR Negeri Sembilan,saya tetap meneruskan usaha untuk menamatkan pengajian saya demi pembangunan kerjaya saya pada akan datang.Saya berhasrat dengan menyambung pelajaran di luar bidang kerja saya, moga suatu hari nanti saya dapat mencuba pekerjaan yang baru pada masa akan datang demi kebaikan diri saya serta keluarga
Ibu saya selalu berpesan jangan mengalah dahulu sebelum berperang ...kata-kata itu saya masih ingat sewaktu mula meneruskan pengajian pada tahun pertama...pejam celik..pejam celik...saya dah pun berada di tahun ke empat dalam bidang pengajian saya.Insyaallah berbekal kan doa ibu dan seluruh keluarga saya yang banyak menyokong saya untuk meneruskan pelajaran saya akan menamatkan pengajian saya pada tahun hadapan.Saya amat berterima kasih kepada ibu dan suami saya yang banyak memberi sokongan dalam menruskan pengajian selama 5 tahun. Bukan mudah untuk bekerja sambil belajar serta menjadi ibu serta isteri.Semangat yang tinggi serta banyak pengorbanan yang dilakukan untuk meneruskan pengajian semata-mata untuk pembangunan kerjaya di masa akan datang.
Bukan mudah untuk menjadi senang,tetapi usaha tetap usaha.Insyaallah Allah dan akan memudahkan segala usaha yang dilakukan oleh hambanya dan juga memakbulkan doa orang yang sentiasa mengingatinya .Begitulah sedikit coretan seorang budak yang baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.....
No comments:
Post a Comment